Jadi diri sendiri. Kalau kita jadi orang lain, siapa nak jadi kita?

Friday, October 25, 2013

Lelaki dan si barber.

Hi assalamualaikum.
Harini wanna nak share sedikit kisah ' lelaki dan si barber ' ni. Apa dia?? Jom baca..


-Gambar hiasan-


Bismillahirahmanirahim,

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan
janggutnya. Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara. Tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah, barber itu pun berkata,'' saya tak percaya Allah itu wujud.''

''Kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.

''Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sgt orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? Kalau betul allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. Saya tak dpt bayangkan Allah Yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorg lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,
''Kamu tahu tak yang sebenarnya barber jugak tidak wujud?''

''Kenapa kamu kata mcm tu? Sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi'' kata barber.

''Tidak!'' kata si lelaki tadi.''kalau barber wujud, dah tentu tidak ada orang yg berambut panjang tidak terurus serta janggut yg panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu''.

''Ah! Barber mmg wujud! Lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tidak dtg pada saya utk menggunting rambutnya!'' kata barber.

''Tepat sekali!'' kata si lelaki tadi.

''That's the point! Allah jugak wujud. Itulah yg terjadi (keperitan&penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya utk memohon pertolongan.'' 

Sekian..Jom share?

Sesungguhnya Allah memberi ujian itu dlm byk jenis/kategori.. sama ada diberi kesusahan agar kita sentiasa mengingatiNYA .. ataupun dlm bentuk kesenangan kerana Allah nak tgk adakah hambaNYA itu ingat padaNYA pada masa senang. 
jadi fikirlah sejenak apakah jenis ujian/balasan yg kita dah tempuh.. apa jua pun, sentiasa la mengingati diriNYA. Berpegang teguh la pada Quran & Sunnah Nabi.. insyaAllah kita tidak akan sesat di dunia yg penuh mencabar ini (-:

Wallaua'lam.

No comments: