Jadi diri sendiri. Kalau kita jadi orang lain, siapa nak jadi kita?

Wednesday, January 7, 2015

Cara buat Link exchange (Mister Linky)


Hey stranger(s) ! Baik hati harini nak share cane nk buat 'link exchange' macam wanna punya kat belah kanan blog ni. Actually wanna baru je letak . Sebab tu krikrik je mister linky wanna hehehe. Sebelum tu link exchange tu apa? link exchange tu untuk kita tukar2 link blog kita dgn para bloggers yang lain untuk mengeratkan lagi silaturrahim

Jom.

1. Pergi SINI .
2.  Keluar Mister Linky kan. Korang register dulu,
3. Lepas register dia suh confirm kan. Means bkk email korang then tekan link yang dia bagi.
4. Then diorg akan suruh korang log in balik. Korg log in jela balik

Dia keluar mcm ni kan.


5. Kat atas tu ada wizard. Korang klik wizard,


6. Korang ikut je step spt gambar di atas. lepastu click generate code yang berada di bawah tu.
7. Copy code tu. Pergi ke layout -> add a gadget ->  html/jaavascript . Paste kat situ dan save!! 

siap!

Cara buat double underline


Hi bloggers sekalian. Hamboi igt comel ke buat muka cmtu. kihkih
k diam semua. Tajuk kita harini ialahhhhhhhhhhhhhhhh ............apa guna tajuk kat atas?

Lets begin.

Cane nak buat double underline ni? haa mari kita belajar sama2.

1. Pergi template -> edit HTML. Ctrl+F cari code

/* Header

tak jumpa? alolo jangan risau cari code ni plak (kalau x jumpa code di atas)

/* Headings 

2. Bila dah jumpa, copy code di bawah dan paste kan DIATAS code yg korang cari tadi

u {
text-decoration:underline; border-bottom: 2px double #0099FF;}

3. Warna blue tu untuk warna line tu. Lau tak suka boleh ubah. tekan SINI untuk code warna.
4. Save.

*Bagi yg guna old editor, korang boleh buat camni <u>AYAT KORANG</u> di edit html bila nak buat entri baru. Adios


Cara pasang/letak button twitter di blog (NEW VERSION)

Hi korang? Apa khabar? tak sihat jumpa doktor ok :D 
Okay harini nak buat tuto psl button twitter di blog. Mcm mana nak letak?? Okay jom kita mula.
1. Pergi SINI DULU.
2. Pastikan korg dah sign in twitter ya?
 
Pastu keluar mcm ni kan? :

3. Pastu korang click get started tu spt gmbr di atas.
4. Then korg scroll bawah sebawah bawahnyaaaaaaaaaaaaaaa

Keluar cm ni kan? :

5. Then korg klik twitter buttons tu. Klik pd gmbr di atas untuk lbih jlas

Keluar cm ni kannnnnnnnnnn


6. Then klik pada follow dan isi form tu then dah sudah korg copy code tepi tu k? nampak kan codenya? ha bagus. 

7. dah copy tu korg paste lah kt mana2 yg korg nk letak. nk senang pergi pergi layout -> add a gadget -> html/javascript. siap.


Tuesday, January 6, 2015

Bukalah kaca hitam di hatimu..

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم




Sebahagian orang memakai kaca mata hitam ketika melihat segala sesuatu di hadapannya sehingga yang dilihat itu hanyalah kegelapan disebabkan kaca mata hitam yang dipakainya itu. Bilamana dilihatnya matahari, matahari menjadi  gelap, bulan yang bersinar juga menjadi gelap, pakaian yang putih juga menjadi gelap. Semua menjadi gelap walaupun hakikatnya apa yang dilihat itu tidaklah gelap sebenarnya.  

Seperti inilah orang-orang yang memiliki jiwa yang penuh keraguan & sentiasa berprasangka buruk terhadap orang lain. Orang-orang seperti ini tidak akan melihat sisi positif seseorang dan selalu sahaja buat-buat tidak nampak kebaikan seseorang. Akan tetapi, mereka ini akan sentiasa memperuntukkan masa mereka hanya untuk mencari kesilapan orang lain, kelemahan orang lain dan keburukan orang lain. Mereka ini lebih suka melihat duri-duri yang berada pada sekuntum bunga mawar berbanding melihat pada kecantikan kelopak bunga mawar dan menghidu keharuman bunga mawar tersebut.  

Ramai manusia yang suka melihat keburukan orang lain kerana mereka tidak melihat keburukan-keburukan yang ada pada dirinya. Dirasakan dirinya sempurna, mereka tidak sedar sikap melihat akan keburukan orang lain dan berprasangka buruk kepada orang lain itu sudah menunjukkan betapa buruknya jiwa mereka. 

Menghadirkan perasaan "aku lebih baik dari dia" itu saling tidak tumpah perangainya seperti Syaitan yang merasakan dirinya lebih baik dan lebih mulia daripada Nabi Adam a.s yang dicipta dari tanah berbanding dirinya yang diciptakan dari api. Jika kita tergolong daripada golongan ini, mari kita buka "kaca mata hitam" yang terpakai di dalam jiwa kita dan kita gantikan ia dengan "kaca mata biasa" yang ditambah powernya dengan keimanan dan kasih sayang agar mampu membuatkan jiwa kita sentiasa melihat kepada keindahan, bukannya kegelapan dan keburukan. 

Alangkah baiknya andai jiwa kita ini begitu senang melihat sisi positif pada diri seseorang berbanding sisi negatif seseorang. Itulah jiwa mukmin sejati, yang sentiasa memandang saudaranya dengan pandangan kasih sayang, bukan padangan kebencian dan keirihatian.  Mari kita contohi bagaimana akhlak Rasulullah saw, walaupun Rasulullah saw itu insan yang mulia, kekasih Allah, maksum dan terjamin syurga buatnya tetapi begitu rendah hatinya, begitu tawaduk dan sentiasa berkasih sayang. 

Jika ingin dikira segala amal, pengorbanan dan jasa Rasulullah saw pasti tidak akan terkira. Amat berbeza dengan diri kita, kita kadang-kadang bila selalu meluangkan sedikit masa sahaja untuk menghadiri kuliah agama contohnya kita akan mula memandang rendah pada orang - orang yang tidak menghadiri kuliah agama, bila kita rajin pergi masjid, kita mula rasa diri kita lebih mulia daripada orang - orang yang tidak pergi masjid. Mulalah dalam diri kita, dalam jiwa kita memandang mereka dengan padangan hina bukan kasih sayang. 

nauzubillah~ Astaghfirullahalazim. 

Pandang dalam-dalam diri kita, jangan cari kebaikan yang ada dalam diri kita, carilah segala kekurangan kita, kemiskinan akhlak kita sebelum kita mahu mencari kekurangan orang lain. Bila kita hanya sibuk mencari dan memikirkan kesalahan orang lain, masa bila pula  nak tengok kesalahan diri kita? errr, dah "baik" sangatkah diri kita?

 "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat :12]

Tulisan ini untuk memperingatkan diri penulis yang selalu sahaja lalai terutamanya dan buat para pembaca yang berhati mulia. moga Allah redha.

wallahualam